TERDAPAT ruang potensi kerjasama yang besar antara Singapura dengan Sarawak dalam bidang seperti pelancongan dan penjualan produk semula jadi dari Sarawak, kata Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Chan Chun Sing.
Berucap di Forum dan Ekspo Perniagaan Sarawak-Singapura 2019 semalam, Encik Chan berkata Pejabat Perdagangan dan Pelancongan Sarawak di Singapura (Statos), yang dibuka secara rasmi di acara itu, merupakan “permulaan sebuah hubungan yang lebih kukuh antara Singapura dengan Sarawak”.
Turut hadir di acara di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec Singapore itu ialah Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Dr Abang Haji Abdul Rahman Johari.
Dari segi pelancongan, Encik Chan berharap lebih banyak penerbangan boleh diadakan antara Singapura dengan Kuching, ibu kota negeri itu, dan tempat lain di Sarawak.
“Bagi ramai rakyat Singapura di dalam dewan ini dan di luar, di mana saha tempat yang dalam penerbangan dua jam akan dianggap sebagai destinasi percutian pendek hujung minggu, dan Kuching tentunya dalam penerbangan dua jam”, kata beliau.
Encik Chan berkata terdapat beberapa bahagian lain dalam bidang pelancongan yang mereka boleh berkerjasama, termasuk dalam pelancongan-eko dan pelancongan kapal pelayaran yang permintaannya juga semakin mengingkat.
Beliau turut mengalu-alukan Sarawak menggunakan Singapura sebagai platform bukan hanya untuk menjual produk semula jadi di sini, malah di rantau dan seluruh dunia.
“Terutamanya, sedang Singapura berusaha mempelbagaikan rantaian bekalan kita, sumber makanan. sayur-sayuran dan pelbagai lagi, terdapat potensiyang ada di Sarawak,” katanya, sambil menambah beliau berharap lebih banyak syarikat Singapura boleh berhubung dengan Statos untuk terus menggalak perdagangan.
Dengan ketidakpastian yang berlaku di dunia kini, Encik Chan berkata kerjasama mereka itu merupakan pernyataan mengenai niat mereka “untuk tidak membiarkan semua ketidakpastian di dunia mengalih perhatian mereka.
Sebaliknya, Encik Chan berkata mereka bersatu untuk terus memperkukuh hubungan mereka dan bahwa kerjasama di rantau ini boleh bertindak sebagai penampan terhadap ketidakpastian di dunia.
“Di sistem Pertubuhan Dagangan Dunia (WTO), di perbincangan Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), kita semua berusaha untuk menyepadukan lebih banyak negarabersama. Dan ini baik untuk dunia, baik untuk kita semua kerena kita boleh mengoptimumkan penghasilan kita, rantaian bekalan kita, di peringkat sejagat dan rantau.
“Namun, sementara kita melakukan itu, kita tidak harus lupa pada hubungan antara negara kita di peringkat rantau-hubungan antara negara kita, hubungan dua hala kita dan sebagainya.
“Dan intipati paling utama bagi kita menyatukan semua hubungan ini adalah (hubungan) antara rakyat.” Kata beliau.
News Source: https://www.beritaharian.sg/setempat/pelancongan-antara-potensi-besar-kerjasama-antara-spura-sarawak-chun-sing
[real3dflipbook id=”3″ mode=”normal”]
[real3dflipbook id=”2″ mode=”normal”]
[real3dflipbook pdf=”https://statos.com.sg/wp-content/uploads/2020/04/eat-chiak-makan-sarawak-food-trail.pdf” id=”1″ mode=”normal”]